Cepat lah sampai rumah. Lisa sudah rimas dengan keadaan sekarang. Langit sudah mula menunjukkan tidak mahu mengeluarkan air lagi. Syukur. Menyesal tak bawa payung dari awal. Kalau tidak, boleh jugak buat perisai daripada tempias air yang terpercik tadi. Dia menepuk dahinya. Aduh! Seorang nenek memangdangnya pelik. Malunya! Apa lah nasib kau Lisa harini. Tak boleh ke buat benda yang tidak memalukan?
Setengah jam dalam bas. Akhirnya sampai juga ke destinasi. Hanya 5 minit sahaja masa yang diambil untuk berjalan kaki sampai ke rumah sewanya. Sekarang pun Lisa merasakan yang semua pejalan kaki melihatnya. Mana nak letak muka. Dia jalan sepantas yang mungkin. Sampai saja dia di depan rumah. Suara garau menerpa "Hai kak, mandi hujan ke mandi lumpur ~" Lisa terus memandang ke arah suara itu. Kurang adab! Ada jiran pun macam tu. Patut tak kahwin sudah tua pun. Sedar lah diri tu sikit.
Lisa Lisa Lisa. Breathe in , breathe out. Awak jangan cakap orang. Dia lelaki tak apa kahwin lambat pun. Kalau kata kata tu terbalik ke awak. Awak nak jadi andartu ke? Taknak taknak. Lisa menggeleng kepala. Sabar Lisa, sabar. Tak perlu layan orang macam tu. Hatinya menasihatinya. Dia cepat cepat membuka kunci dan terus masuk.
Masuk saje di rumah sewanya. Tiba tiba! "Arghhh! Ya Allah, Lisa ke ni? Kau ni kenapa? Swimming tepi jalan ke? Dah takda tempat lain?" Puteri bagaikan serigala yang menangkap mangsa. Hesy..bukan nak bagi salam ke apa ke? Sama aje dengan si tua dekat depan tu. Teruk sangat ke?
"Teruk sangat ke?" Lisa bertanya dengan elok. Masakan dia hendak marah tak tentu pasal kepada kawan serumahnya. Nanti masam mencuka aje satu rumah. Tak syiok la.
"Teruk jugak lah. Dah dah. Pergi mandi. Aku dah masak dah. Lepas ni, makan. Lepastu kau cerita kat aku apa yang jadi. Siapa buat kawan aku yang comel ni? Geram!" Puteri memang sahabat yang baik. Selain Zul, dia juga rapat dengan Puteri. Kalau ada masalah wanita atau apa saja dia mesti mengadu kepada Puteri.
"Okay. Aku wangi lagi kan?" Hehe. Tersengih. "Takyah mandi lah, terus makan je. Lapar." dengan muka seposen mengharap Puteri berkata 'Ya!' kepada ideanya yang BERNAS itu.
Puteri menepuk dahi. Macam gaya perempuan india dalam drama tamil. "Busuk weh, busuk!" Puteri tutup hidung. Terus ke ruang tamu. Malas nak layan kerenah Lisa yang sorang itu. Macam macam kawan aku sorang ni. Puteri menggelengkan kepalanya.
Muka Lisa sudah muncung 12 cm. Panjang sangat. Boleh ampai kain. Dia terus duduk di sebelah Puteri yang berada di ruang tamu sambil menonton TV. Meletakkan kepalanya di bahu Puteri. Puteri terkejut. "Hoi! PERGI MANDI" Zassssss. Seperti guruh. Puteri mencampak bantal.
"Okay! Okay!" Lisa terus bangun dan berlari menuju ke bilik. Takuttttt.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment