Friday, 7 December 2012

Cabaran menimpa, bahagia menerpa : #1

Lisa menunggu bas dalam hujan yang lebat. Jujur dalam hati, dia takut dgn keadaan disitu. Kilat sambar menyambar. Harini dia keseorangan kerana Zul, kawan baiknya sejak kecil tidak dapat menjemputnya untuk hantar pulang ke rumah sewanya. Selalunya, kalau tidak ada Zul dia ditemani oleh Sarah. Tapi, Sarah sibuk membuat tugasannya di perpustakaan UKM.


Dia jarang berseorangan, memang dari kecil dia sentiasa ditemani olah abang-abangnya walau di mana dia berada. Tapi...dia sudah meningkat dewasa. Abang-abangnya pun sudah berumah tangga, bekerja, mencari rezeki. Takkan sampai sekarang pun nak berteman. Hmm, tapi dari kecil lagi umi dan ayahnya tak memberi dia keluar berseorangan. Pesan umi, dekat UKM ni pun mesti berteman. 

Fikir fikir balik, sampai bila nak ada teman. Nanti di dalm kubur berseorang juga. Tapi, zaman sekarang macam macam boleh terjadi. Lagipun malang tidak berbau. Kelas baru sahaja habis. Jadual harini padat. Letih. Ingat nak pergi beli barang dekat kedai. Sabun semua dah habis. Housemate pulak sibuk memanjang dengan assignment. Kadang-kadang bosan juga duduk rumah tu. Yela, semuanya nak habis belajar dah tak lama lagi. Lisa dan Puteri saja yang lagi setahun perlu menuntut. 

Sedang menunggu bas, tiba tiba satu kereta sport meluncur laju. Sampaikan, air hujan yang ada di tar tempias terkena baju putih yang dikenekan oleh Lisa. Ergghhhh. Kurang ajar punya tuan kereta. Harap kereta je canggih! Lisa geram dan mencapai satu ketul batu yang terdekat dan baling ke arah kereta itu. Pab! Kene! Puas hati!

Kereta itu tiba tiba berhenti, Lisa cuak dan terus sengaja mempamerkan muka tidak tahu apa apa dan tidak bersalah. Habislah aku! Lisa perasan yang tuan kereta merenung tajam ke arahnya. Mati lah aku! Dia tidak kenal siapa yang penting dia tahu pelajar UKM disebabkan tag yang dipakai oleh pemandu tak beradab itu. Lantak lah, apa nak jadi jadi lah. Kau yang cari pasal. Bawa kereta macam bawa kapal terbang!

"Hoi, budak!" dia menjerit. Ternyata suara lelaki. Pakaian mcm perempuan. Kemeja pink, seluar ketat. Huh!  Rambut panjang sedikit daripada lelaki biasa. Apa lah pesen mamat ni. 

Lisa pandang kebelakang, kiri, kanan. Pura pura mencari siapa gerangan yang dipanggil. Padahal dia tahu, mesti dia orangnya. Habis la habis la. "Aku ke?" dengan muka tidak bersalah. Lisa menunjuk kearah diri sendiri yang basah kuyup dari tudung hingga ke seluar dgn air yang berwarna hitam. 

"Yela, kau lah! Kau dah baling sesuatu dekat aku punya kereta, ingat senang senang kau boleh lepas? Kau ingat kereta ni bapak kau punya?" Lantang suara lelaki itu. Tahap kesabarannya sudah tiada. Sudah lah pensyarah tidak mahu terima hasil kerjanya yang ketiga kalinya. Bengang!

"Wei! Bapak bapak takyah main. Memang mak bapak aku tak sekaya mak bapak kau yang boleh beli kereta sport tu untuk kau. Tapi, benda ni antara kita. Bukan mak bapak aku." Amarah Lisa sudah mula melebur. Agaknya haba yang ada pada Lisa sudah menguasai udara udara. "Memang padan dengan muka kau tu. Patut aku buat macam tu. Biadap!" Sambungnya lagi. 

"Arghhh!" Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut lelaki itu. Ikutkan hati dia ingin saja menampar perempuan yang tidak dikenali itu. Tetapi dia tahu mulutnya yang tak ada insurans itu bersalah juga dalam hal ni. Dia terus masuk ke dalam kereta. Malas hendak bergaduh. Banyak lagi kerja yang hendak dibuat. Lagipun keretanya takde kesan calar atau pecah atau retak. Fuhh. Kalau tak, mengamuk along. Ini bukan kereta dia, dia hanya meminjam saja. 

"Baru kereta macam tu dah berlagak. Poyo gila" Lisa mengutuk. Dalam hatinya bimbang juga kalau lelaki itu mengambil tindakan tadi dan takut juga kalau lelaki itu mengambil tindakan di masa akan datang. Mana taknya, Universiti pun dah sama. Nak taknak, mereka akan terserempak juga. Nasib badan. 

Setelah sepuluh minit drama sebabak itu berlalu, bas yang ditunggu-tunggu oleh Lisa akhirnya sampai. "Kau lah ni bas, lambat sangat. Kalau tak, aku tak jumpa mamat pink tu." Dimarahnya bas itu. Muka masam mencuka masuk dalam bas itu. Aduhh, hilang mood!









Terima kasih. Harap post ini tak mengecilkan hati anda. Singgah lagi.

No comments:

Post a Comment