Seperti biasa, malam minggu macam ni memang semua manusia TIBA-TIBA terasa sakit kepala lah, sakit perut la, sakit hidung lah, sakit mata lah, sakit telinga lah, sakit rambut la and soooooo on!
Tak kira lah, budak sekolah ataupun BUDAK kerja ke. Alasan tak nak pergi sekolah dan kerja. Bukan itu je, suri rumah tu pun nak sakit juga. Malas nak hantar anak pergi sekolah katanya. Tapi, semua tu tanggungjawab kita. Biar saya tegaskan di sini, tanggungjawab!
Dan di sebabkan tanggungjawab lah, aku akan bangun juga pergi ke sekolah. Alahai, untungnya siapa yang dapat orang yang betul-betul ikhlassssssssssssssssssssssssssssss melakukan tanggungjawab. Ya Allah, kau jadikan lah aku daripada sebahagian orang yang rajin, ikhlas dan orang yang bersyukur. Amin. Esok hari isnin. bermulalah tanggungjawab masing-masing. Walaupun setiap ayat aku disekolah dari pagi sampai sudah balik sekolah "Aduhhh, malasnya nak belajar". Sampaikan kawan-kawanku bosan dengar perkataan tu. Cair tahi telinga mereka.
Tahun lepas, Ustaz kesayangan aku selalu pesan "Pergi sekolah, niat kerana Allah". Hanya sekali sekala je aku ingat dan aku mulakan langkah ke sekolah dengan niat. Mohon keberkatan Allah, hidup akan senang. Insha-Allah. Tapi budak budak sekolah di sekolah dating, bercinta. Itu perkara biasa disekolah. Tapi kalau belajar lebih dari bercinta, itu dinamakan package. Kebiasaannya, aku tengok dia orang bercinta yang lebih. haha! Kadang-kadang aku pun sama, pergi sekolah hanya nak tengok pujaan hati. Tapi aku tak bercinta. Banyak lagi tanggungjawab aku tak terbuat. Jauh dalam fikiran aku untuk bercinta. Tanggungjawab dengan ibu bapa aku pun tak terlaksana
Pujaan hati aku di sekolah ialah Abang Hadi!
-bersambung-
No comments:
Post a Comment