Saturday, 8 September 2012

: Just posted a POST :

Dimulakan dgn bismillah. Disudahi dengan Alhamdulillah. Dan inilah yang dimaksudkan dengan Manusia yang bersyukur kepada Allah. Sentiasa mensyukuri nikmat yang diberinya. Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan. 
Assalamualaikum. 

Teringat zaman sekolah rendah dulu, aku sangat pendiam. Dan bising hanya dengan kawan-kawan sahaja. Dulu, pemalu aku tahap maksimum. Nak bercakap dengan cikgu pun aku takut. Umi selalu menasihatiku " kalau tak faham, tanya ckg. Tak tanya rugi. " Itu sebabnya dulu aku kurang pandai. Pemalu tak tentu pasal. Dan keadaan ini berlaku sehingga tingkatan satu. Sekarang aku kurang pandai juga, masih banyak lagi perlu belajar. Ilmu takkan habis untuk kita pelajari. So, Move On !

Dulu, aku ingat semua cikgu garang. SEMUA. Sebab itu lah aku P.E.N.A.K.U.T di sekolah. 
Tetapi bila aku di rumah. Masya-Allah! Tuhan saja yang tahu. Di sekolah, pergi mana-mana tempat pun aku nak berteman. Sampai sekarang pun. Tapi sekarang kurang. Setakat nak jumpa cikgu, tak perlu diteman. Satu tempat saja yang aku WAJIB tarik orang untuk menemani aku. Cuba teka? Bila lelaki lelaki yang ramai berkumpul di satu tempat dan aku perlu ikut laluan itu. Aku tidak akan lalu seorang diri. Lelaki? Kenapa mesti takut dengang mereka sedangkan di rumah aku di kelilingi dengan LELAKI. Lain! Lelaki di rumah sudah tentu melindungi aku. Lelaki di luar? Dan sebab itu lah sampai sekarang aku hanya berkawan dgn lelaki dia kelompok aku sahaja. Yang aku maksudkan, di Kelas dan di barisan kelas aku. 

Selalu kawan-kawan aku yang tidak rapat dengan aku berkata "kau ni lembut sangat lah." Mereka tak tahu kalau di rumah keluarga aku selalu mengatakan yang aku ini GANAS. Aku hipokrot di sekolah. Dan aku percaya, memang ramai yang hipokrit di sekolah. haha! 
Ya, aku ganas kerana beberapa sebab. Sebab yang pertama, aku seorang sahaja perempuan dalam adik beradik. Sebab yang kedua, dulu aku masuk taekwando. Bila bergaduh dengan abang abang aku pun aku mahu bertendang bertumbuk. abh berhentikan aku, ketika aku sudah tali pinggang biru. How Sad. 
Tapi sekurang-kurangnya aku ada basic nak belasah orang. Siapa yang berani? Mari ke mari.

Haha! aku rasa sudah banyak cerita hidupku yang aku ceritakan. Sambungannya, tunggu hari dan waktu yang lain! saya akan ceritakan. Terima kasih kerana membaca post yang merepek aku ini. 
Sory baku ayat aku kali ni. Assalamualaikum!
Terima kasih. Harap post ini tak mengecilkan hati anda. Singgah lagi.

No comments:

Post a Comment