Thursday, 27 September 2012

: Day by day :

Assalamualaikum

Dan seperti biasa, hari Isnin dia sering berpuasa sunat. Sering tu tak ada lah. Baru baru ni aje. Tidurnya lena malam tadi. Nyenyak. Dan tak lama lagi akan kene hempok!

"Dik, bangun sahur! Bangun!" suara kegemarannya. Tapi dia tak respond. Memang waktu waktu ni, suara itu menjadi suara lalat yang menggangu. Sayup-sayup kedengaran. Takpe, sambung tidur.... Krohhh krohh.. 

" Bangun! " Pap! Bantal pun kena, cubit pipi pun kena. Free of charge!
" Apa! Apa! Gempa bumi! Mak aiy! " Pura-pura kelam-kabut. Padahal tahu uminya kejutkan untuk sahur. Alaa, spoil la! 
" Capatlah! "
" Cominggggg " suara tak ikhlas. Fuhhh.


Bangun sahur pun macam tak bangun. Sekadar minum susu untuk tinggi. Harap tinggi lah. Sad! Dah lah, cepat makan, nak dekat habis waktu sahur dah. Berangan aje. Ada lagi suara yang mengingatkannya. Laju dia menggeleng kepalanya. Kiri kanan kiri kanan. Laju. Astarghfirullah. Aku tak bersyukur pula. Alhamdulillah. Ada orang lagi rendah daripada aku. Tak pernah pula dia orang mengeluh macam aku. 

"Apa lagi berangan tu adik? Berangan nak kahwin? Tak sabar dah?"
Uhuk!!!!!!! Tersedak. terkeluar segala susu untuk tinggi yang dia minum tadi. " Erk. Mana ada! " Mata berair. Merah. Perit tersedak ni. Elok lah tu, anak beranak. Yang abangnya selalu kaitkan aku dengan pakwe, yang uminya selalu kaitkan dengan kahwin. Lambat lagi umiku. " Aii? Ke umi yang tak sabar nak timang cucu? " 


Uhuk! Umi tersedak. Aii? Pakai aku punya cara pula? Tersedak cara utama. Anak beranak, tak boleh lari. Terus umi pergi basuh tangan. Tak jawab persolannya. Tersenyum dia memandang uminya. Haa, tulaaaa. Salah orang nak kenekan. kekekekekeke. Mengekek dia ketawa dalam hati. 

Fiqah oh Fiqah. Kalau kau kene buli lagi teruk muka kau. Kelat. Muka kalau cantik tak apa. Ini comel pun tak ada. Seakan-akan ada suara yang mengutuknya. Terhenti seketika perlakuannya. Erk. Suara siapa yang selalu menyibuk ni? Sekejap baik ingatkan aku. Sekejap kutuk aku bukan main lagi. Sedap aje. Geram. 

Selepas dia basuh cawan, dia terus pergi ke biliknya. Baru teringat yang dia berangan pasal abang Hadi semalam, sampai lupa jadual belum ditilik. Hai lahh nasib...... Bio,Bm, Agama, bla..bla..bla. Done! Okey, apa-apa hal. Niat kerana Allah. Lillahi Ta'ala. Senyum. 

-bersambung-


Terima kasih. Harap post ini tak mengecilkan hati anda. Singgah lagi.

No comments:

Post a Comment