Berjela-jela dia berdoa selepas solat. Entah kenapa malam ni, rasa sayu bertandang di hati. Macam-macam isi doanya.
"Ampunkan lah dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkan lah dosa keluargaku, ampunkan lah dosa seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah, jauhkan lah kami dari nerakaMu Ya Allah, dan masukkan lah kami ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu Ya Allah.. Ya Allah, kau jadikan lah kami orang yang beriman dan matikanlah kami bersama orang-orang yang beriman. Berkati kami Ya Allah. Mudahkan hidup kami di dunia dan di akhirat, cemerlangkan kami di dunia dan di akhirat. Bukakan lah pintu hati kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Ameen."
Lama dia berteleku di atas sejadah. Terasa banyak dosa kepada Tuhannya, Rasulnya, ibu bapanya, keluarganya dan kawan-kawan. Alhamdulillah, mungkin ini satu kesedaran. Dalam hatinya dia berazam, 'Ya! Aku akan buat perintah Allah sebaik mungkin. I want to be a good servant! Insha-Allah. Ya Allah, ampunkan segala dosa ku.' Menitis air matanya.
Dah lah menangis tu wahai gadis. Esok nak sekolah. Nak bangun awal. Cepat-cepat dia seka air matanya. Seakan-akan ada yang beri peringatan. Kenapa lah esok sekolah? Kalau tak boleh aku sambung lagi. Eh? Sekolah pun satu pahala. Ilmu. Islam menggalakkan ummatnya berilmu. Tanpa dia sedar, banyak dosa dia yang dia dah buat. Selalu tak ikhlas bila nak pergi sekolah. Ikut mood aje. Kalau rajin, dia niat lah nak belajar. Kalau tak, harapan menjadi layu. Dah, lepas ni semua 'Lillahi ta'ala.' Niat kerana Allah, Insha-Allah urusan jadi senang.
" Ouch ! " Dia mengaduh. Sakitnya. Apa lagi ni? Astarghfirullah. Dugaan. Fiqah menoleh ke belakang. Dia nampak abangnya tersengih. 'Hee'. Ada sengihan.
" Nak apa? Bukak pintu lain kali tengok orang! " Garang! Macam petir mulut dia. Baru aje sedar dia banyak dosa. Tapi tetap DURHAKA kepada abangnya.
" Takde la, aku tengok lampu terbuka. Aku bukak lah. Nak suruh kau tidur. "
" Ish, tahu lah aku nak tidur. Dah dah, pegi sana. Sibuk kat sini"
Tiba-tiba, abang dia mencekup mukanya. Jari telunjuk abangnya seperti nak mencucuk matanya. 'Eeeee. Apa dia ni, kang aku buka langkah nanti.' "Lepaslah!"
" Kau apasal, mata merah? Pakwe lari?" Soal abangnya sambil melepaskan muka Fiqah.
Hesy, lagi lagi pakwe. Apa dia ingat aku ni gatal sangat ke? Eh? Memang pun kadang-kadang. "Dah la, aku nak tidur. Esok sekolah." Sedih aje suara dia. Ditolak abangnya keluar. Tutup pintu. Lipat telekung dan tidur!
krohhh krohhhh.
-Bersambung-
No comments:
Post a Comment