Alhamdulillah, aku bersyukur aku masih hidup dan Allah memberi peluang utk aku hidup pada hari tahun baru ini kerana Allah mahu aku mnegubah diriku menjadi lebih baik. Mungkin. Allah ingin aku berjuang di dunia utk mendapatkan syurga di akhirat. Berjuang utk hidup bahagia di alam akhirat utk selama lamanya. Insha-Allah. Ak akan berdiri di jalan yg benar selagi mana aku hidup di bumi Allah ini. Terima kasih Ya Rabb.
Alhamdulillah, aku masih ada tempat tinggal yg aman, yg harmoni, yg bahagia, yg sunyi daripada bala bencana dan peperangan. Aku bersyukur dgn nikmat mu Ya Allah. Tetapi Ya Allah, kau selamatkan lah saudara maraku di Palestine ya Allah. Saudara mara Islamku yg dalam kesusahan, yg dalam kesakitan, yg dalam kepayahan utk meneruskan hidup, Ya Allah kau selamatkan lah mereka, kau tabahkan hati mereka kerana mu Ya Allah, kau permudahkan hidup mereka Ya Allah.
Ya Allah, berikan lah petunjuk kepada hamba hamba mu yg sesat Ya Allah, yg lemah utk berjuang ke arah kebaikan seperti ku ini Ya Allah. Kau kuatkan hati aku dan mereka ya Allah supaya kami tidak terperdaya dgn syaitan yg direjam. Kau permudahkan ulamak ulamak, imam imam, ustaz ustazah utk berdakwah dan kau permudahkan lah kami utk tertarik dgn dakwah mereka Ya Allah. Ya Allah, aku berniat utk memulihkan org islam ya Allah. Aku berniat utk umat nabi ini menjadi seorg islam zahir dan batin ya Allah. Bukan atas nama sahaja Ya Allah. Bukan atas sekeping kertas yakni surat beranak ya Allah. Aku yakin, ramai lagi yg hendak berjuang utk agamamu ya Allah. Ya Allah, permudahkan niat baik kami.
Ya Allah, ampunkan dosa dosa kami. Dosa yg tidak sengaja kami ya Allah, dosa yg kami buat terang terangan ya Allah. Ya Allah, rapatkan hubungan kami antara islam dgn islam, dan islam dgn bukan islam. Dan dpt menarik ramai hamba kepada mu Ya Allah. Ya Allah, kau ikhlaskan hat kami melakukan ibadat kami kerana mu Ya Allah. Kau hapuskan lah perasaan riak di dalam diri kami Ya Allah. Kau hapuskan lah sifat sifat mazmumah yg ada pada diri kami. Kami tahu, manusia tiada yg sempurna Ya Allah. Izinkan kami menjadi yg terbaik ya Allah. Kau permudahkan hidup kami Ya Allah. Kau permudahkan hidup kami Ya Allah. Kau cemerlangkan hidup kami di dunia dan di akhirat ya Allah.
Ameen. Ameen. Ameen. Ameen Ya Rabb. Makbulkan doa doa kami. Sesungguhnya kau tahu apa yg kami minta, kau tahu apa yg kami perlu. Kau yg maha mendengar. Ameen :')
No comments:
Post a Comment