Firstly, bismillah. We started with the name of Allah.
What is Hawa Nafsu? Hawa nafsu ialah satu keinginan utk melakukan kejahatan. Kekuatan syaitan dalam setiap manusia. Insan.
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”
Hawa nafsu, nampak je nama macam sedap. Macam. Tapi....its not act like its name. Hawa nafsu adalah musuh utama dalam diri setiap manusia. Tapi susah nak lawan. Sepayah-payah berperang, adalah berperang dengan hawa nafsu. Siapa yg berjaya menahannya, maka dia lah manusia yg hebat. Hebat. Hebat. Dan HEBAT. Jihad melawan nafsu adalah jihad yg lebih utama daripada jihad lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : “Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!” [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]
Sentiasa memerangi nafsu, insha-Allah hidup kita di jalan Allah. Nafsu tak boleh dibelai macam kucing. Seeloknya dihalau seperti anjing yang ingin mengejar kita. Semoga menjadi manusia yg hebat (yang berjaya memerangi nasfu) . Ameen :)
No comments:
Post a Comment